Japan Foundation dan GSC semalam telah melancarkan Festival Filem Jepun 2022 secara rasmi yang merupakan edisi ke-18 untuk festival tersebut di Malaysia. Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh Ms. Koh Mei Lee iaitu CEO untuk GSC, H.E. Mr. Takahashi Katsuhiko iaitu Duta Jepun di Malaysia dan YBhg. Datuk Hajah Saraya Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Festival Filem Jepun ini akan bermula pada 8 September sehingga 9 Oktober di lima negeri berbeza dan menawarkan 12 filem keseluruhannya. Tiket sudah boleh mula dibeli di laman GSC dengan harga RM9.50 untuk setiap filem kecuali Just Remembering yang ditawarkan dengan harga semasa.
Berikut adalah senarai filem yang terlibat dengan festival ini;
Berikut adalah jadual penganjuran Festival Filem Jepun mengikut negeri;
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari – https://www.jfkl.org.my/japanese-film-festival-2022/.