PlayStation hari ini telah mengumumkan satu lagi tambahan rekaan untuk perkakasan mereka iaitu dengan rekaan camouflage berwarna kelabu bagi DualSense, set fon kepala Pulse 3D dan juga Cover untuk PlayStation 5.

Mengekalkan tema rekaan PlayStation sebelum ini, di bahagian tertentu untuk camouflage ini juga mempunyai simbol-simbol PlayStation yang kecil.

DualSense dan Cover PS5 ini akan ditawarkan di Malaysia bermula pada 14 Oktober dengan harga RM369 dan RM259 manakala untuk set fon kepala Pulse 3D akan tiba kemudian dan ditawarkan dengan harga RM469.

Sohor Kini