Lagi satu siri TV Star Wars menerima kemaskini baru-baru ini. Star Wars: The Acolyte iaitu siri TV prekuel yang berlaku ribuan tahun sebelum saga Skywalker akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Siri TV ini turut dikatakan akan fokus kepada kegelapan seperti kisah-kisah Dark Side dan Sith.
Amandla Stenberg sudah pun disahkan akan menjadi antara pelakon dalam siri TV ini. Terkini Jodie Turner-Smith turut dikatakan akan berlakon dalam filem ini Butiran filem ini mungkin akan didedahkan pada acara D23 nanti.
Filem ini dikatakan akan ditayangkan pada tahun 2024. Akan datang, Francais Star Wars akan cuba melakukan sesuatu yang baru seperti menghentikan penceritaan Skywalker.