CD Projekt Red setelah sekian lama berdiam diri telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Cyberpunk 2077 akan tiba sekitar hari ini. Kemaskini ini memfokuskan kepada kosmestik di mana ia menyertakan fungsi transmog secara rasmi.

Melalui transmog, pemain boleh menukar pakaian yang digunakan mengikut kelebihan yang disertakan tanpa perlu risau bagaimana ia kelihatan, pemain boleh mengubah rupa pakaian tersebut kepada mana-mana rekaan pakaian kegemaran.

Selain itu, ia juga menyertakan pelbagai penambahan pilihan di dalam penghasilan watak, seperti pilihan rambut yang ada.

Bersempena dengan siri anime Edgerunner, Cyberpunk 2077 juga akan menerima barangan kosmetik dan senjata berdasarkan siri tersebut.

CD Projekt Red juga telah mengumumkan yang DLC pertama untuk Cyberpunk 2077 iaitu Phantom Liberty akan dikeluarkan pada tahun 2023. Mereka juga mengesahkan yang Keanu Reeves akan kembali sebagai Johnny Silverhand di dalam DLC ini.

DLC ini bersama dengan kemaskini utama seterusnya untuk Cyberpunk 2077 hanya akan dikeluarkan bagi konsol generasi terkini dan PC.

Sohor Kini