Thunderbolts adalah filem MCU baharu yang akan memfokuskan watak-watang antagonis. Filem ini dikatakan akan menjadi seperti Suicide Squad versi Marvel.
Wakil Deadline, baru-baru berkongsi yang filem ini mungkin akan diketuai oleh Yelena Belova a.k.a Black Widow lakonan Florence Pugh. Desas-desus lain menyatakan filem ini turut akan menyertakan Emil Blonsky, Ghost, US Agent dan ramai lagi. Baron Zemo juga mungkin akan muncul dalam filem adiwira berkumpulan ini.
Jika benar, Thunderbolts akan menjadi filem MCU pertama diketaui oleh Black Widow baharu selepas sekian lama tiada. Dalam komik Thunderbolet diketuai oleh Baron Zemo, dalam MCU dilihat watak misteri Contessa Valentina Allegra de Fontaine menjadi ketua. Dalam filem ini. pasti akan nampak menarik jika Yelena ketua kumpulan.