Skip to main content

Snap Inc iaitu syarikat induk untuk aplikasi popular Snapchat di dalam satu kenyataan kepada pelabur telah mengumumkan yang akibat penambahan pendapatan yang berkurangan mereka telah mengalihkan fokus syarikat tersebut kepada tiga perkara iaitu mempertingkatkan komuniti, mempertingkatkan pendapatan dan juga realiti terimbuh.

Oleh itu, mana-mana pelaburan dan juga projek yang tidak berkait dengan tiga fokus tersebut akan dikurangkan ataupun dihentikan secara terus. Ini termasuklah tidak lagi melakukan pelaburan untuk permainan video bersama dengan Snap Orignals, Minis dan Pixy.

Snap mula terlibat dengan permainan video pada tahun 2018 lagi dengan mereka menyasarkan untuk hadir dengan platform yang khusus bagi penawaran tersebut.

Di dalam pengurangan pelaburan ini, ia juga bermakna yang jumlah pekerja akan dikurangkan dan menurut kenyataan tersebut, ia adalah sebanyak 20%.

Leave a Reply