Axle Motosports dengan kerjasama bersama Egg Network dan Astro telah mengumumkan kemablinya E1 Championship untuk musim ketiga yang akan bermula pada 7 September ini. Kejohanan kali ini melibatkan 11 pasukan dengan 22 pemandu berbanding 10 pasukan dan 20 pemandu sebelum ini dan menawarkan hadiah terkumpul $20 ribu.

Antara pasukan yang akan terlibat dengan kejohanan kali ini adalah Mumbai Falcons dari India yang akan menggunakan pemandu Muhammad Ibrahim yang merupakan juara bagi tahun lepas bersama dengan Team Flash dan juga Moritz Lohner dari Jerman.

Manakala Team Flash akan mempertaruhkan dua pemandu baharu iaitu Jyn Mazvilton dan Muhammad Thasbeeh, kedua-dua dari Singapura.

Antara pasukan baharu yang akan menyertai kejohanan ini adalah Williams Esports iaitu organisasi esukan di bawah Williams Racing yang menggunakan pemandu Jack Keithley dan Martin Stefanko.

Manakal juara untuk musim pertama iaitu Naquib Azlan akan berlumba bersama dengan adiknya iaitu Nabil Azlan di bawah pasukan tempatan SEM9.

Berikut adalah senarai penuh pasukan dan juga pemandu;

Kejohanan yang menerima penarafan rasmi oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) ini boleh diikuti secara langsung bermula pada 7 September dan setiap hari Rabu sehingga 2 November 2022 pada pukul 9 malam melalui Astro Arena ataupun laman Facebook dan Youtube E1 Championship.

Sohor Kini