Ubisoft telah mengumumkan yang Ubisoft Forward akan berlangsung pada 11 September ini pada pukul 3 pagi. Antara pengumuman yang akan dilakukan pada acara ini adalah perkongsian untuk Mario + Rabbids Sparks of Hope, Skull and Bones dan seperti diumumkan sebelum ini perkongsian khas untuk Assassin’s Creed.

Selain itu, bermula pada 2.35 pagi iaitu acara permulaan akan berlangsung yang memperlihatkan informasi terbaru untuk Brawlhalla, For Honor, The Crew 2, Anno 1800 dan pelbagai lagi.

Ubisoft Forward boleh ditonton melalui Youtube ataupun Twitch Ubisoft dengan penonton di Twitch berpeluang untuk mendapatkan ganjaran mengikut jumlah masa tontonan seperti berikut;

  • Tonton 15 minit – “Skull Logo Emblem” untuk Skull and Bones
  • Tonton 30 minit – “Explosive Detail Charm” untuk Rainbow Six Siege
  • Tonton 45 minit – “RC22 Original Cosmetic” untuk Roller Champions
  • Tonton 60 Minit – “Sphinx Tattoo Set” untuk Assassin’s Creed Valhalla

Sohor Kini