Bloober Team dan Anshar Studios sebelum ini telah mengumumkan Layers of Fears iaitu olahan semula untuk permainan Layers of Fear, DLC dan juga permainan susulan Layers of Fear 2 yang digabungkan menjadi satu permainan dengan grafik lebih baik dan juga penambahan penceritaan baharu.

Mereka juga telah berkongsi treler baharu yang memfokuskan kepada perspektif isteri di dalam permainan ini. Ia juga memperlihatkan “The Final Note” iaitu penceritaan tambahan yang akan disertakan di dalam permainan ini, ia akan menjadi sambungan untuk Layers of Fear dan Layers of Fear 2.

Layers of Fears adalah permainan pengembaraan seram first-person yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada awal tahun 2023.

Sohor Kini