Prime Matter bersama dengan pembangun GoldKnights telah mengumumkan yang permainan aksi RPG mereka iaitu The Last Oricru akan dilancarkan pada 13 Oktober 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Silver iaitu seorang angkasawan yang terdampar di planet Wardenia. Silver secara tidak sengaja terlibat dengan peperangan saudara di planet tersebut, dan pilihan Silver akan memberikan penceritaan yang berbeza.

The Last Oricru adalah permainan yang boleh dimainkan secara solo ataupun secara multi-pemain (dalam talian dan juga setempat) dengan pelbagai tahap kesukaran yang boleh dipilih.

Sohor Kini