Scars Above iaitu permainan aksi pengembaraan menembak di angkasa lepas oleh Mad Head Games adalah antara permainan yang diumumkan semasa penubuhan Prime Matter iaitu studio penerbitan di bawah Plaion (Koch Media).
Ketika acara pembukaan untuk Gamescom mereka telah buat pertama kali memperlihatkan treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Kate iaitu seorang saintis tetapi terpaksa bertempur di planet asing untuk menyelamatkan diri. Ia dikatakan membawa sesi permainan sukar dan juga penceritaan yang mendalam.
Scars Above akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada awal tahun 2023.