2K dan pembangun Gearbox Software telah berkongsi dua treler baharu untuk permainan New Tales from the Borderlands. Treler pertama memperlihatkan bentuk permainan dan satu lagi treler berkongsi lanjut mengenai watak-watak yang tiba di dalam permainan ini.

Treler Watak

New Tales from the Borderlands akan memfokuskan kepada tiga watak baharu iaitu Anuradha Dahr, Octavio Wallace Dahr dan juga Fran Miscowicz.

Treler Bentuk Permainan

Mengekalkan bentuk permainan seperti Tales from the Borderlands oleh Telltale Games, ia adalah permainan penceritaan interaktif dengan pilihan pemain akan membawa kepada penceritaan berbeza. Selain itu, QTE juga akan memberi kesan yang sama.

New Tales from the Borderlands akan dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini