SpellForce: Conquest of Eo Menerima Treler Baharu

THQ Nordic bersama dengan pembangun Owned by Gravity telah berkongsi treler baharu untuk permainan akan datang mereka SpellForce: Conquest of Eo bersempena dengan acara Gamescom yang berlangsung baru-baru ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Seperti mana diumumkan pada bulan Jun lepas, SpellForce Conquest of Eo adalah permainan sampingan untuk siri SpellForce dengan ia membawa genre yang berbeza berbanding permainan-permainan SpellForce sebelum ini iaitu permainan strategi 4X.

SpellForce Conquest of Eo akan dikeluarkan untuk PC akan tetapi buat masa ini ia masih tidak mempunyai tarikh pelancaran.

Sohor Kini