Square Enix telah mengumumkan yang permainan ketiga untuk Voice of Cards iaitu The Beasts of Burden akan dikeluarkan pada 14 September 2022 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam.

Mereka juga berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Voice of Cards merupakan permainan kad digital yang melibatkan nama-nama besar di dalam industri permainan video seperti Pengarah Kreatif Yoko Taro (Drankengard, Nier), Penerbit Eksekutif Yosuke Saito (Nier), Pengarah Muzik Keiichi Okabe (Drakengard 3, Nier) dan Pereka Watak Kimihiko Fujisaka (Drakengard).

Permainan pertama iaitu Voice of Cards: The Isle Dragon Roars dikeluarkan 28 Oktober 2021, manakala permainan kedua iaitu Voice of Cards: The Forsaken Maiden dikeluarkan pada 8 Februari 2022 untuk platform yang sama.

Sohor Kini