Setiap pelajar di Hogwarts akan dibahagikan kepada empat rumah berbeza iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan juga Slytherin. Selain mempunyai pakaian tersendiri, setiap rumah ini juga mempunyai bilik rehat tersendiri yang menjadi tempat untuk pelajar-pelajar berehat dan bersosial.

Melalui perkongsian video terbaru, Hogwarts Legacy telah memperlihatkan rekaan bilik rehat untuk setiap rumah iaitu;

Gryffindor Tower

Hufflepuff Basement

Ravenclaw Tower

Slytherin Dungeon

Hogwarts Legacy merupakan permainan aksi pengembaraan di mana pemain akan bermain di dalam dunia Harry Potter pada tahun 1800-an iaitu sebelum penceritaan Harry Potter dan boleh mereka watak sendiri. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 10 Februari 2023.

Sohor Kini