Episod pertama House of the Dragon siri TV menerima tontonan tertinggi dalam sejarah HBO dua minggu lalu. Sambutan amat menakjubkan sehingga aplikasi HBO Max mengalami masalah diakses sesetengah pengguna. Dengan siri sudah disahkan menerima musim kedua. HBO kini cuba menarik lebih banyak pengguna ke platform HBO Max. Salah satu caranya ialah memberikan episod pertama percuma di YouTube.
Keseluruhan episod boleh ditonton percuma oleh pengguna global bermula hari ini. Bagi mereka yang tidak mahu melanggan episod percubaan ini mungkin akan dapat menarik minat untuk melanggan. Dalam ulasan House of The Dragon yang kami terbitkan dua minggu lalu, kami merasakan ini adalah siri yang mampu melenyapkan mimpi buruk siri Game of Thrones yang kecewa dengan hembusan naga Targaryen.