TeleWorlds Entertainment telah mengumumkan yang Mount & Blade II: Bannerlord akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan juga PC.

Di PC, ia sudah dikeluarkan secara akses awal sejak tahun 2020 lagi, pada bulan Oktober ini, pemilik akses awal akan mendapat versi penuh untuknya. Pemain juga boleh mula melakukan pra-tempahan di PS Store dan Xbox Store.

Mount & Blade II: Bannerlord adalah permainan aksi RPG dan juga strategi yang mempunyai penceritaan tersendiri di benua Calradia.

Sohor Kini