Ubisoft telah mengumumkan musim baharu untuk kejohanan Rainbow Six Operation League Asia Tenggara akan bermula pada 17 September ini dan akan menawarkan hadiah terkumpul $20 ribu.

Kejohanan ini akan melibatkan 8 pasukan dengan empat pasukan adalah pasukan terbaik dari musim lepas iaitu Dire Wolves dari Taiwan, Elevate serta Fury dari Thailand dan Gaimin Gladiators dari Indonesia. Manakala 4 pasukan lagi adalah dari pusingan kelayakan secara terbuka.

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan ini sudah dibuka sehingga 4 September 2022, dengan perlawanan kelayakan akan bermula pada 7 September 2022. Anda boleh lakukan pendaftaran di pautan ini.

Berikut adalah jadual penuh untuk kejohanan ini;

  • Pendaftaran Untuk Pusingan Kelayakan: 22 Ogos – 4 September 2022
  • Pusingan Kelayakan: 7 September – 9 September 2022
  • Musim Kejohanan: 17 September – 23 Oktober 2022
  • Playoff – 29 Oktober – 30 Oktober 2022

Anda boleh tonton kejohanan ini di laman Facebook, Twitch dan juga Youtube untuk Rainbow Six Siege SEA.

Sohor Kini