Saber Interactive telah mengumumkan yang permainan lumba rally dunia terbuka mereka iaitu Dakar Desert Rally akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Dakar Desert Rally antaranya akan menyertakan lebih 30 peringkat perlumbaan rally termasuk juga kenderaan, pasukan dan juga pemandu rasmi. Ia juga menyertakan dunia terbuka yang boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain. Menambah cabaran perlumbaan, ia akan mempunyai sistem musim dan cuaca yang dinamik.

Sohor Kini