Rainbow Six Siege Bakal Menerima Operator Dari Singapura

Ubisoft telah mengumumkan yang musim ketiga untuk kandungan tahun ketujuh buat Tom Clancy’s Rainbow Six Siege akan tiba bermula pada 6 September 2022 iaitu Operation Brutal Swarm. Ia antaranya menyertakan operator baharu iaitu Grim yang berasal dari Singapura, peta baharu dan juga tambahan untuk sistem Reputation.

Operator baharu iaitu Grim merupakan operator kelas Attacket dan merupakan seorang tentera dari Singapura. Antara peralatan yang akan digunakan oleh Grim adalah Kawan Hive Launcher yang akan mengeluarkan robot lebah yang akan memperlihatkan kedudukan lawan yang melaluinya.

Bagi senjata pula dia menggunakan 552 Commando atau SG-CQB sebagai senjata utama dan P220 sebagai senjata kedua.

Peta baharu yang akan disertakan adalah Stadium iaitu peta yang pertama kali diperlihatkan ketika acara Road to S.I., ia akan disertakan sebagai peta tetap sebagai Stadium Bravo.

Penambahan sistem Reputation yang akan tiba semasa musim baharu ini, antaranya adalah penalti kepada pemain yang menghantar chat yang kurang baik, pemain yang mendapat penalti ini masih lagi boleh menghantar dan menerima chat akan tetapi ia akan disorok sehinggalah penerima membenarkannya.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini