Xbox Game Pass Friends & Family telah diumumkan oleh Microsoft semalam selepas diuji sejak 4 Ogos lagu. Pelan ini akan membolehkan pengguna berkongsi akaun dengan empat lagi ahli keluarga atau rakan. Dengan pelan ini penjimatan langganan Xbox Game Pass dapat dilakukan kerana kos dibahagikan sama rata kepada lima orang pengguna.

Pada waktu ini Xbox Game Pass Friends & Family akan dilancarkan terlebih dahulu kepada pengguna di Colombia dan Republic of Ireland dengan ia kemudiannya akan dikembangkan kepada pasaran lain secara berperingkat.

Di Ireland harga langganan adalah €21.99 (~RM98) sebulan yang merupakan peningkatan daripada €12.99 (~RM56) seorang sebelum ini. Sebagai perbandingan Microsoft menawarkan PC Game Pass kepada pengguna di Malaysia pada harga RM15 sebulan sekarang.

Sumber – Xbox Game Pass Friends & Family

Sohor Kini