Sambungan kepada Assassin’s Creed Valhalla telah disahkan menggunakan nama Assassin’s Creed Mirage dengan maklumat mengenai akan dikongsi pada 10 September depan ketika acara Ubisoft Forward. Ini diumumkan oleh akaun media sosial rasmi permainan pagi tadi. Berdasarkan imej yang dikongsi, ia seakan mengesahkan ura-ura permainan kali ini adalah di Baghdad.
Watak utama mempunyai kostum yang menyerupai yang dipakai Altair dar permainan awal. Tahun bilakah permainan kali ini belum lagi diketahui tetapi semuanya pasti akan didedahkan minggu depan. Selepas 13 permainan apakah kejutan yang mampu diberikan oleh Ubisoft kerana harus kami akui cerita yang cuba disampaikan sekarang sudah seakan hilang fokus.