Uniqlo Mula Jual Tshirt One Piece Film Red Minggu Depan

Uniqlo telah mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan koleksi Tshirt berdasarkan filem One Piece Film Red pada 5 September ini. Melaluinya, ia akan menawarkan 4 rekaan Tshirt dengan setiap satunya ditawarkan dengan harga RM59.90.

One Piece Film Red merupakan filem animasi yang memfokuskan kepada watak Uta iaitu seorang penyanyi, rakan kepada Luffy dan juga anak kepada Shanks.

Di Malaysia ia akan ditayangkan pada 22 September 2022 secara umum dan 3 serta 4 September 2022 untuk tayangan awal.

Sohor Kini