Selain mengumumkan permainan percuma yang ditawarkan untuk pelanggan PlayStation Plus, Sony juga telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Katalog Permainan untuk pelanggan PS Plus Deluxe serta Extra dan juga Permainan Klasik untuk pelanggan PS Plus Deluxe.

Permainan yang akan disertakan di dalam Katalog Permainan bermula pada 20 September adalah seperti berikut;

  • Deathloop
  • Assassin’s Creed Origins
  • Watch Dogs 2
  • Dragon Ball Xenoverse 2
  • Spiritfarer: Farewell Edition
  • Monster Energy Supercross – The Official Videogame 5
  • Rabbids Invasions: The Interactive TV Show
  • Rayman Legends
  • Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition
  • The Wonderful 101: Remastered

Manakala untuk permainan klasik pula adalah seperti berikut;

  • Syphon Filter 2 (PS1)
  • Toy Story 3 (PSP)
  • Kingdom of Paradise (PSP)

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini