Re:Legend Akan Dikeluarkan Secara Penuh Minggu Depan

505 Games dan pembangun Magnus Games telah mengumumkan yang permainan simulasi berkebun, menternak binatang koperasi mereka iaitu Re:Legends akan keluar daripada akses awal dan dikeluarkan secara penuh pada 6 September 2022.

Re:Legend sudah dikeluarkan secara akses awal di Steam sejak dari tahun 2019 lagi dan ia boleh dibeli dengan harga RM62, dan pemain akan mendapat versi yang penuh apabila dikeluarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Re:Legends juga diumumkan untuk konsol termasuk juga Nintendo Switch akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuknya. Dengan versi PC akan dikeluarkan secara penuh tidak lama lagi, versi konsol mungkin juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Magnus Games adalah pembangun dari Malaysia.

Sohor Kini