Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapat tertinggi di platform tersebut sepanjang bulan Julai. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Antara permainan yang senaraikan adalah Stray iaitu permainan pengembaraan oleh BlueTwelve Studios dan Annapuran Interactive yang menjadikan pemain sebagai seekor kucing. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Stray – Tekan ‘O’ Untuk Meow.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Warriors Orochi 3 Ultimate Definitive Edition
  • Bear & Breakfast
  • Kayak VR Mirage
  • Klonoa
  • Digimon Survive
  • Dinkum
  • Cartel Tycoon
  • Ghost Watchers
  • Power Wash Simulator
  • Clanfold
  • Battle Teams 2
  • Sweet Transit
  • Rune Factory 5
  • Nobunaga’s Ambition: Shinsei
  • House Party
  • Sapiens
  • Stray
  • The Legends of Heroes: Kuro no Kiseki
  • Madison

Selain senarai di atas, Steam juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini