Netflix dan CD Projekt telah mengumumkan yang siri anime Cyberpunk: Edgerunners akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 13 September 2022. Selain itu, mereka juga berkongsi treler baharu yang dikatakan sebagai treler ‘NSFW’.

Cyberpunk: Edgerunners adalah penceritaan sampingan untuk Cyberpunk 2077 iaitu permainan oleh CD Projekt Red. Ia memfokuskan kepada seorang remaja yang cuba untuk terus hidup di Night City dengan menjadi edgerunners.

Siri ini akan mempunyai 10 episod dan dihasilkan oleh Studio Trigger. Pengarah adalah Hiroyuki Imaishi, dengan penceritaan dan lakon layar ditulis oleh Yoshiki Usa.

Sohor Kini