Strikez Inc telah mengumumkan yang permainan simulasi bola sepak mereka iaitu UFL hanya akan dilancarkan pada tahun 2023. Mereka mengatakan yang penundaan ini adalah perlu kerana mereka ingin mencapai kualiti terbaik bagi permainan tersebut yang merupakan satu projek rumit.
Mereka sebelum ini tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran akan tetapi mengatakan yang ia sudah di peringkat akhir pembangunan bersama dengan berkongsi sedikit video bentuk permainan untuknya.
Mereka juga telah menjanjikan yang sebelum ia dilancarkan akan lebih banyak perkongsian yang akan dilakukan kepada komuniti.
UFL akan dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series.