Kadokawa Corporation iaitu syarikat induk untuk studio FromSoftware telah mengumumkan penjualan pegangan mereka terhadapt studio tersebut kepada Tencent dan juga Sony Interactive Entertainment (dilaporkan terlebih dahulu oleh VGC).

Selepas penjualan ini, Kadokawa Corporation masih lagi pemegang majoriti dengan 69.66% diikuti Tencent melalui syarikat Sixjoy Hong Kong Limited dengan pegangan 16.25% dan Sony Interactive Entertainment 14.09%.

Penjualan ini adalah bernilai 36 bilion Yen (~RM1.16 bilion) di mana mereka mengatakan yang ia akan digunakan untuk memperkuatkan kebolehan mereka untuk membangunkan IP permainan video dan juga memperluaskan lagi perkembangan mereka sebagai penerbit secara global.

FromSoftware terkenal dengan permainan seperti Elden Ring, Sekiro: Shadows Die Twice, Bloodborne dan siri Dark Souls.

Sohor Kini