NetEase Games Mengambil Alih Quantic Dream

NetEase hari ini telah mengumumkan mereka mengambil alih studio permainan video dari Perancis iaitu Quantic Dream melalui NetEase Games. Quantic Dream akan menjadi studio pertama mereka di Eropah selepas menubuhkan studio pertama di Amerika Syarikat, Jackalope Games sebelum ini.

Quantic Dream merupakan studio yang diketuai oleh David Cage dan Guillaume de Fondaumière dan terkenal dengan permainan interaktif seperti Detroit: Become Human, Beyond Two Souls dan Heavy Rain.

Mereka kebiasaannya mengeluarkan permainan secara eksklusif untuk konsol PlayStation, namun pada tahun 2019 NetEase telah membuat pelaburan terhadapnya untuk menjadikan ia studio bagi multi-platform.

NetEase telah mengatakan yang Quantic Dream akan terus beroperasi secara kendiri tanpa melibatkan secara terus pengurusan dari NetEase. Quantic Dream buat masa ini sedang membangunkan permainan Star Wars Eclipse.

Sohor Kini