Seorang Youtube Jonathan telah memuat naik satu video di channel beliau yang berkongsi maklumat mengenai permainan seterusnya untuk siri Assassin’s Creed. Video ini di dalam bahasa Perancis akan tetapi Rebs Gaming telah berkongsi ringkas di akaun Twitternya.

Antara yang dikongsi adalah seperti berikut, Assassin’s Creed baharu akan menggunakan nama Assassin’s Creed Mirage dan akan pada suku kedua 2023 iaitu di antara bulan April sehingga Jun.

Latar masa untuk permainan ini adalah sekitar tahun 860 sehingga 870 manakala latar tempat pula adalah Baghdad ataupun Iraq, akan terdapat beberapa bandar yang akan diasingkan dengan padang pasir ataupun sungai.

Pemain akan menjadi Basim iaitu seorang remaja yang juga adalah pencuri sehinggalah dia bertemu dengan ‘Hidden Ones’. Assassin’s Creed Mirage juga dikatakan akan kembali kepada asas permainan Assassin’s Creed dan akan mengambil inspirasi daripada permainan pertama.

Antara elemen RPG yang akan dibuang adalah pilihan dialog, pilihan jantina watak dan tiada lagi sistem tahap.

Tambahan pada itu, diura-urakan juga yang Ubisoft sedang membangunkan olahan semula untuk Assassin’s Creed yang pertama dan akan disertakan sebagai antara kandungan untuk pas semusim bagi Mirage.

Maklumat lanjut mengenai Assassin’s Creed Mirage juga dikatakan akan diumum pada 10 September ini semasa acara Ubisoft Forward.

Buat masa ini, Ubisoft tidak mengeluarkan sebarang pengesahan akan tetapi wartawan untuk Bloomberg iaitu Jason Schreier telah berkongsi ciapan mengatakan sebahagian daripada maklumat di atas adalah tepat.

Sohor Kini