Filem Nope Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 15 September

Jordan Peele adalah seorang ahli komedi yang berbakat. Beliau mempunyai imaginasi filem seram/ngeri yang unik seperti yang dibuktikan dalam filem Us atau Get Out. Filem terbaru beliau adalah Nope, filem seram yang berbeza dengan melibatkan sejenis makhluk misteri. Mungkin UFO, mungkin tidak.

Banyak kematian misteri berlaku, seperti bapa OJ Haywood Jr. (Daniel Kaluuya) dan Em Haywood (Keke Palmer) yang mati secara tiba-tiba. Filem ini adalah satu konsep aksi seram ngeri menarik yang lain daripada lain.

Filem Nope yang turut menerima sambutan baik sejak ditayangkan di luar negara Julai lalu, kini disahkan akan ditayangkan di Malaysia. Tayangan akan bermula pada 15 September akan datang.

Filem ini turut melibatkan pelakon seperti Steven Yeun yang memainkan watak Ricky “Jupe” Park, bekas pelakon dan pemilik taman tema, Brandon Perea sebagai Angel iaitu juru teknik yang membantu OJ dan Em, Michael Wincott sebagai juru kamera hebat Antlers Holst.

Sohor Kini