Kesemua Digi Store Menjadi Pokemon Go Gym Pada 3 September Ini

Digi telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Pokemon Go untuk menjadikan Digi Store, Digi Store Express dan Digi Store Express Lite sebagai Pokemon GO Gym bermula pada 3 September sehingga 15 Oktober 2022.

Selain itu, Raid juga akan berlangsung bermula pada 3 September sehingga 30 September di mana-mana Digi Store, maklumat lanjut dan masa akan diumumkan kemudian.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dengan menjadi antara pertama mengunjungi Digi Store bermula pada 3 September ini antaranya adalah Berkas barangan di dalam permainan bernilai RM30 untuk 50 pengunjung pertama di 5 cawangan berikut;

  • Digi Store Gardens
  • Digi Store Sunway Pyramid
  • Digi Store Alamanda
  • Digi Store Taman Molek
  • Digi Store Express One Utama

Selain itu terdapat juga berkas barangan di dalam permainan bernilai RM10 untuk pengunjung yang membuat sebarang transaksi bernilai sekurang-kurangnya RM5 di Kiosk Layan Diri Digi.

Anda boleh baca maklumat lanjut di laman rasmi Digi.

Sohor Kini