Skip to main content

Ubisoft telah berkongsi treler baharu untuk permainan multi-pemain Skull & Bones mereka yang memfokuskan kepada fungsi-fungsi yang akan disokong oleh permainan tersebut di PC.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara fungsi yang diperlihatkan adalah menyokong resolusi 4K dan juga HDR, FPS tanpa had, sokongan fungsi Upscaling iaitu DLSS dan FSR, menyokong ray tracing dan juga sokongan paparan ultra lebar.

Selain itu, Ubisoft juga menyediakan beberapa fungsi yang memfokuskan sesi multi-pemain iaitu pemain akan bermain bersama dengan pemain lain mengikut tetapan PvP dan juga tahap Infamy, pelayan juga disertakan di hampir kesemua benua termasuk juga Asia dengan ia menyokong pelayan fizikal dan juga secara awan. Ia juga akan menggunakan sistem anti-penipuan battlEye.

Spesifikasi PC pula adalah seperti berikut;

Skull & Bones akan dilancarkan pada 8 November 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.

Leave a Reply