PUBG Mobile Umum Kerjasama Dengan Dragon Ball Super

PUBG Mobile hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan siri manga dan anime popular iaitu Dragon Ball.

Pengumuman ini juga bersempena dengan tayangan filem Dragon Ball Super: Super Hero bermula hari ini dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini. Maklumat mengenai kerjasama ini masih tidak dinyatakan, akan tetapi ia akan bermula pada tahun 2023.

Satu lagi permainan battle royale iaitu Fortnite juga telah mengadakan kerjasama dengan Dragon Ball yang menyertakan kostum dan juga kawasan. Anda boleh baca lanjut di pautan ini.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini