Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Roku akan hadir dengan filem biografi penyanyi Weird Al Yankovic. Dalam filem ini, Weird Al sendiri telah memilih Daniel Radcliffe sebagai pelakon yang memainkan watak beliau.

Filem ini dikatakan akan menceritakan kisah kejayaan Weird Al serta dengan rahsia-rahsia beliau yang tidak pernah didedahkan. WEIRD: The Al Yankovic Story akan disiarkan secara eksklusif di Roku, 4 November akan datang. Berikut adalah treler filem;

Dalam treler kita boleh lihat bagaimana Weird Al menemui bakat beliau dan menjadi popular dalam industri muzik. Ia turut memperlihatkan skandal beliau bersama Madonna lakonan Evan Rachel Wood. Kemunculan pelakon Dwight Schrute dari The Office turut ada dalam filem ini iaitu Rainn Wilson.

Filem ini dilihat adalah pengembaraan hidup Weird Al dengan parodi dokumentari mengenai diri beliau. Weird Al Yankovic sendiri menulis skrip filem ini bersama-sama dengan Eric Appel iaitu penulis Brooklyn Nine-Nine yang juga menjadi pengarah filem ini.

Sohor Kini