Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mereka telah memasuki perjanjian untuk mengambil-alih Savage Game Studios iaitu studio permainan mudah alih yang mempunyai cawangan di Helsinki dan juga Berlin.

Savage Game Studios terdiri daripada veteran di dalam industri permainan mudah alih, antaranya Michail Katkoff yang sebelum ini bersama dengan Rovio, Zynga dan Supercell, Nadjim Adjir yang sebelum ini Wargaming, Rovio dan Gree dan Michael McManus sebelum ini Wargaming, Insomniac dan Kabam sebagai pengasas bersama.

Mereka buat masa ini dikatakan sedang membangunkan permainan live service AAA untuk peranti mudah alih. Savage Game Studios juga mengatakan berminat untuk membangunkan permainan mudah alih berdasarkan IP-IP di bawah PlayStation.

Di pengumuman yang sama, SIE mengatakan yang penambahan fokus mereka terhadap platform peranti mudah alih dan juga PC tidak akan mengubah fokus mereka terhadap konsol yang akan terus menerima permainan berkualiti.

Savage Game Studios juga akan diletak di bawah PlayStation Studios Mobile Division yang akan dikawal selia berasingan dengan pembangunan untuk konsol.

Sohor Kini