Gungrave G.O.R.E Dilancarkan Pada November Ini

Prime Matter telah mengumumkan yang Gungrave G.O.R.E akan dilancarkan pada 22 November 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, mereka juga mengumumkan sesi pra-tempahan kini dibuka yang menawarkan kostum “Death Ronin Grave” sebagai ganjaran.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Sebelum menerima tarikh pelancaran ini, Gungrave G.O.R.E telah beberapa kali tertunda di mana pada awalnya ia diumumkan akan tiba pada tahun 2019. Gungrave G.O.R.E dibangunkan oleh Studio Iggymob.

Sohor Kini