OG walaupun layak ke peringkat Playoff sebagai juara kumpulan B terpaksa melalui jalan sukar selepas dikalahkan oleh Team Secret pada Peringkat Separuh Akhir Upper Bracket yang telah membawa mereka ke Lower Bracket.

Namun, ia tidak menjadi masalah apabila OG telah mengalahkan kesemua lawan mereka di Lower Bracket iaitu Thunder Awaken, Fnatic dan hari ini Team Secret yang boleh dikatakan sebagai perlawanan membalas dendam.

Dengan kejayaan ini, mereka telah layak ke Peringkat Akhir untuk bertemu dengan Team Aster yang buat masa ini masih mempunyai rekod bersih tanpa kalah untuk merebut hadiah $175 ribu dan juga menjadi juara ESL One Malaysia.

Perlawanan penentuan ini akan berlangsung pada pukul 4 petang hari ini.

Sohor Kini