Discord telah memperkenalkan harga langganan tempatan di beberapa negara termasuk juga Malaysia untuk langganan Nitro mereka. Bagi pengguna di Malaysia, harga langganan adalah RM31.99 sebulan iaitu lebih rendah berbanding bayaran $9.99 (~RM44) sebelum ini. Harga langganan untuk setahun adalah RM319.99 ataupun RM26.67 sebulan.

Langganan Nitro antaranya membolehkan pengguna untuk mempunyai beberapa profil berbeza yang berguna jika anda contohnya ingin gunakan untuk kerja dan juga kegunaan peribadi. Sleain itu, terdapat juga emoji yang lebih banyak, memuat naik fail sehingga 100MB, boleh menghantar mesej yang lebih panjang dan juga boleh menyertai sehingga 200 pelayan.

Jika inginkan sesuatu yang lebih murah, mereka juga menawarkan Nitro Classic yang mempunyai penawaran yang lebih terhad dan ditawarkan dengan harga RM15.99 sebulan atau RM159.99 setahun.

Sohor Kini