ESL One Malaysia 2022 sudah berlangsung sejak 23 Ogos yang lepas untuk peringkat kumpulan yang memperlihatkan 8 pasukan telah melayakkan diri ke peringkat Playoff.

Team Aster dan Team Secret telah mendapat tempat pertama dan kedua bagi Kumpulan A meletakkan mereka di Upper Bracket bersama dengan OG dan Fnatic dari Kumpulan B. Manakala Entity dan Thunder Awaken yang berada di tempat ketiga serta keempat bagi Kumpulan A, ke Lower Bracket bersama dengan Nigma Galaxy dan TSM dari Kumpulan B.

Di peringkat Separuh Akhir untuk Upper Bracket, Team Aster telah mengalahkan Fnatic dengan kiraan 2-1 untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir Upper Bracket dan akan bertemu dengan rakan sekumpulan iaitu Team Secret yang mengalahkan OG di peringkat yang sama. Team Aster akan bertempur dengan Team Secret pada hari ini untuk menjadi pasukan pertama ke Peringkat Akhir.

Bagi Pusingan Pertama untuk Lower Bracket, Entity telah mengalahkan TSM untuk bertemu dengan Fnatic di peringkat Suku Akhir dan Thunder Awaken mengalahkan Nigma Galaxy untuk bertemu dengan OG. Fnatic telah mengalahkan Entitiy pada hari yang sama untuk meneruskan perjuangan mereka di peringkat Separuh Akhir Lower Bracket, menantikan perlawanan di antara OG dan Thunder Awaken yang berlangsung hari ini.

ESL One menawarkan hadiah terkumpul $400 ribu, ia adalah kejohanan di luar daripada Dota Pro Circuit (DPC) dan boleh dikatakan sebagai persediaan untuk pasukan-pasukan Dota 2 sebelum kejohanan The International 11 yang akan dianjurkan di Singapura bulan Oktober ini.

Sohor Kini