Netflix Batalkan Siri Resident Evil Selepas Satu Musim

Netflix telah dilaporkan tidak akan menempah musim kedua untuk siri Resident Evil yang baru sahaja disiarkan musim pertama pada 14 Julai lepas. Siri yang sekadar “mengambil inspirasi” sahaja daripada siri permainan Resident Evil mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan.

Siri ini juga tidak menerima ulasan yang baik dengan sekadar mendapat 55% sahaja di Rotten Tomatoes dari pengkritik dan 27% dari penonton. Menurut Deadline, walaupun siri ini dibatalkan akan tetapi barisan pelakonnya sudah mempunyai pelbagai projek berbeza dengan mereka.

Resident Evil mempunyai 8 episod untuk musim pertama dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Resident Evil – Walaupun Tak Menjadi, Ia Masih Ada Potensi.

Sohor Kini