Filem Fantastic Four sebelum ini sepatutnya diarahkan oleh Jon Watts iaitu pengarah bari trilogi filem Spider-man, akan tetapi beliau mengambil keputusan untuk berehat dari mengarah filem adiwira. Terkini, Deadline telah melaporkan yang Marvel cuba mendapatkan Matt Shakman untuk mengarah filem tersebut dan mereka di dalam perbincangan awal.

Matt Shakman sebelum ini telah terlibat dengan Marvel sebagai pengarah tunggal bagi siri Disney+ WandaVision, beliau juga pernah mengarah satu episod untuk The Boys dan dua episod untuk Game of Thrones.

Fantastic Four sebelum ini turut diumum akan melibatkan Grant Curtis dan Nick Pepin sebagai Penerbit Eksekutif, mereka juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk siri Moon Knight. Filem ini akan ditayangkan pada tahun 2024 dan merupakan sebahagian daripada MCU Fasa 6.

Sohor Kini