Skip to main content

Striking Distance dan Krafton ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2022 telah berkongsi treler baharu untuk permainan aksi serama mereka The Callisto Protocol. Treler kali ini memperlihatkan sekali lagi bentuk permainan dan juga satu penjahat baharu.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam treler ini diperlihatkan satu penjahat yang bukan sahaja mempunyai ketahanan kuat akan tetapi turut boleh bertukar. Selepas kepalanya tercabut ditembak, ia menggantikan kepada dengan sesungut sebelum kembali menjadi kepala.

The Callisto Protocol akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Leave a Reply