Build A Rocket Boy iaitu studio yang ditubuhkan oleh bekas pembangun untuk Rockstar Games, Leslie Benzie dan ketika acara pembukaan untuk Gamescom mereka telah memperlihatkan permainan sulung iaitu Everywhere.
Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.
Buat masa ini maklumat lanjut mengenai permainan ini masih tidak dikongsikan dengan jelas, namun mereka mengatakan yang ia adalah permainan multi-dunia yang mengaburkan garisan di antara dunia realiti dan digital.
Tarikh dan juga platform pelancaran juga buat masa ini masih tidak diumumkan lagi.