Age of Empire IV Menerima Dua Tamadun Percuma – Ottomans Dan Malians

Age of Empire IV bakal menyambut dua ulang tahun pada bulan Oktober ini, ia adalah sambutan ulang tahun pertama untuk permainan tersebut dan ia juga adalah sambutan ulang tahun yang ke-25 untuk siri permainan Age of Empire.

Bersempena dengan sambutan ini, World’s Edge dan Xbox Game Studios telah mengumumkan kemaskini akan dikeluarkan pada 25 Oktober yang menyertakan dua tamadun baharu secara percuma iaitu Ottomans dan Malians.

Pengumuman ini dilakukan ketika acara pembukaan Gamescom 2022 dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Malian merupakan tamadun di Afrika Barat yang merupakan negara terkaya dan mempunyai kelebihan di dalam ekonomik. Manakala Ottomans pula mempunyai ketenteraan yang kuat termasuk jgua Gunpowder Siege terbesar iaitu Great Bombard.

Age of Empire IV sudah dikeluarkan untuk PC dan ia juga ditawarkan melalui PC Game Pass. Jika anda tidak memiliki PC Game Pass, ia boleh dicuba secara percuma sehingga 29 Ogos bersama dengan jualan promosi 50%.

Sohor Kini