Friday The 13th Mungkin Akan Kembali Dengan Filem Ke-13

Sehingga hari ini, sudah ada 12 filem Friday the 13th. Iaitu filem pembunuhan tanpa henti oleh Jason Voorhees yang menggunakan topeng hoki dengan senjata parang dan memilih remaja sebagai mangsa. Filem terakhir adalah pada tahun 2009 yang menggunakan judul sama Friday the 13th.

Kini selepas 13 tahun, akhirnya akan ada filem baharu. Ini adalah berita baik kerana setelah sekian lama pengarah dan penulis filem ini iaitu Sean Cunningham dan Victor Miller telah berlawan untuk mendapatkan hak dan kawalan francais filem – filem baharu akan dihasilkan.

Pengarah asal filem ini Sean Cunningham telah mengemaskini biografi beliau yang filem Friday the 13th yang ke-13 akan hadir pada tahun 2023. Adalah ini bermakna Sean dan Victor telah berbaik dan akan bekerjasama? Atau beliau akan hadir dengan filem tersendiri memandangkan beliau mempunyai hak untuk mengawal watak Jason Voorhees versi dewasa.

Sohor Kini