Beberapa minggu lalu, telah kami laporkan yang francais filem Godzilla vs Kong akan kembali dengan filem baharu. Filem ini dikatakan akan meneroka lagi dunia Monsterverse dengan menceritakan asal-usul setiap raksasa gergasi ini.

Terkini, Legendary Pictures telah mengesahkan yang Godzilla dan Kong akan kembali. Kedua-dua raksasa ini dikatakan akan bertemu dengan spesis lain yang mengancam mereka dan dunia. Filem ini turut akan merungkai misteri di sebalik Skull Island, sejarah setiap raksasa, dan mendedahkan pertempuran mistik yang menyebabkan raksasa-raksasa ini mengganggu keamanan hidup manusia.

Filem ini akan melakukan penggambaran di Queensland, Australia dan dijadualkan untuk ditayangkan pada 15 Mac 2024 akan datang. Masih tiada sebarang informasi mengenai Monarch, pelakon dan lain-lain lagi.

Dunia Monsterverse turut akan mempunyai siri TV di Apple TV+ yang diarahkan oleh Matt Shakman, pengarah WandaVision. Sementara Disney+ turut akan mempunyai filem King Kong tersendiri dengan James Wan akan datang.

Sohor Kini