2K bersama dengan pembangun Visual Concept hari ini telah berkongsi lanjut mengenai mod MyTEAM untuk NBA 2K23 yang menyertakan pelbagai mod baharu dan juga penambah-baikkan. Antara perkara utama bagi kami adalah sistem kontrak tidak lagi diperlukan, oleh itu pemain tidak lagi bersusah payah untuk membeli kontrak bagi kad yang mereka sering guna.

Penambahan yang lain diumumkan adalah seperti berikut;

  • Triple Threat Online – Mod Triple Threat Online kini turut koperasi di mana pemain boleh bermain bersama rakan melalui Party Mode, Co-Op dan juga Competitive Online.
  • Unlimited – Bagi pemain yang sudah mencapai tahap tertinggi, tahap baharu akan dibuka iaitu Prestige yang akan memberikan lebih banyak ganjaran.
  • Clutch Time – Mod ini akan turut ditawarkan untuk sesi permainan secara solo
  • Kad Permulaan – Pada permulaan lagi pemain boleh memilih kad All-Stars Ja Morant, Jimmy Butler ataupun Joel Embiid. Pemain oleh mencuba di dalam Triple Threat sebelum memilih. Selepas 10 sesi permainan pemain akan diberikan 90 OVR Fred Jones.
  • Exhibition – Pemain boleh menghantar satu pasukan “bercuti” untuk membawa pulang pelbagai ganjaran.
  • Trophy Case – Cara baharu untuk mendapat kad, pemain boleh mengisi Trophy Case untuk pasukan bagi mendapatkan kad Pink Diamond.

2K sebelum ini turut kongsi pelbagai penambah-baikkan untuk bentuk permainan yang anda boleh baca di pautan ini.

NBA 2K23 akan dilancarkan pada 9 September 2022 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini