Pada bulan Februari yang lepas, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem aksi nyata berdasarkan permainan popular oleh 2K iaitu BioShock. Hari ini, mereka telah mengumumkan yang ia akan diarahkan oleh Francis Lawrence.

Francis Lawrence sebelum ini pernah mengarah filem seperti I Am Legend, The Hunger Games: Catching Fire, The Hunger Games: Mockingjay dan yang akan datang iaitu The Hunger Games: The Ballad of Songbirds and Snakes.

Manakala skrip pula akan ditulis oleh Michael Green yang pernah menulis untuk filem Logan, Murder on the Orient Express, Death on the Nile, dan Blade Runner 2049.

Netflix sebelum ini juga telah mengumumkan yang penulis dan juga pengarah The Umbrella Academy akan menyelia pembangunan siri TV Horizon Zero Dawn.

Sohor Kini